Skip to main content

Posts

Vivix

Vivix adalah sebuah produk yang telah dipatenkan khas di bawah syarikat supplement nombor 1 di dunia, Shaklee. Entri kali ini akan menceritakan tentang Vivix Shaklee. Fungsi, keistimewaan supplement Vivix ini, siapa yang memerlukan, kandungan bahan-bahan dalam Vivix Shaklee serta kebaikan dan testimoni para pengguna Vivix. Supplement anti-oksidan Vivix ini menggunakan Anggur Muscadine dengan 3 campuran bahan lain iaitu Japanese Knotweed, Elderberry Eropah, Lobak Ungu. Setiap proses pengekstrakan bagi menghasilkan campuran 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol biasa ini adalah dipatenkan khas untuk Shaklee. Bermakna, tidak ada syarikat lain yang boleh meniru formula penghasilan Vivix. Kandungan resveratrol dan polifenol di dalam Vivix adalah sangat berkepekatan tinggi kerana itu ia 100 kali ganda lebih daripada fungsi resveratrol yang biasa. Dan bioaktif polifenol di dalam setiap botol Vivix adalah kekal menjadikan ia mampu memberikan fungsi yang optimum buat semua pengamal
Recent posts

Wasiat Rasulullah

Hadis ini pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang daripada sahabatnya; Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.

Fil bina'

Assalamualaikum... Post pertama utk 2013 ni. Beruzlah betul...Cukup-cukup sudah beruzlah!!! Hari-hari sepanjang tahun 2013 ni penuh warna-warni. Subhanallah..kuasa Allah yang mencorakkan kanvas hidup ini. Tidak ada kanvas hidup insani hanya diwarnai warna-warna duka. Pasti dalam kedukaan Allah hadirkan warna pelangi agar hamba-hambaNya terus akur, tunduk patuh perintahNya.. Tempoh membina peribadi muslim perlu diteruskan di samping bersedia ke marhalah seterusnya "baitul muslim" InsyaAllah. Pembinaan yang baik pasti akan hasilkan natijah yang baik. Bermula dari individu muslim, kemudian baitul muslim, seterusnya masyarakat muslim, akhirnya akan terbina daulah Islamiah di setiap pelosok dunia. Khilafah Islamiah perlu dikembalikan semula untuk mentadbir dunia yang kian hancur dek tangan-tangan yang tidak takutkan Allah.  Impian setiap muslim...Islam terus menang di zamannya. Day to day... we have to survive... continue our journey.. never give up..

Ikhlaskah kita?

Rasulullah s.a.w bersabda... Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria' dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia.  Allah mengumpul mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, "Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?" Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan". Dia lalu dibawa ke neraka.. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria'. "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat kerana ria'." Allah berfirman, "Tiada satupun yang sampai kepadaKu". Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka..

Qasidah al-Jalaliyah by Fathul Mubin

Tribute to ayah...Abdul Wahab bin Ahmad. Moga ayah tenang di sana. Ameen... Sanah helwah (1 Oktober 1944).

CintaKu Pasti

Rasulullah bersabda,  "Allah berfirman.... cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mencintaiKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menjalin tali persaudaraan keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling memberi nasihat keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mengunjungi keranaKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menolong keranaKu.  Orang yang saling mencintai keranaKu berada pada mimbar yang dibuat dari cahaya.  Para nabi, orang yang jujur dan para syahid mendambakan tempat yang mereka tempatkan."  (Shahih Al-Jami': 4321)         

Janji Demokrasi

Sajak ini ditulis oleh sasterawan negara kita, A. Samad Said; Beliau membaca sajak ini dengan penuh linangan air mata ketika sambutan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka (31 Ogos 2012). Sajak beliau mengingatkan perjuangan para sasterawan ketika  Gelombang Asas ’50 ( Angkatan Sasterawan ‘50), sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat yang  dipelopori oleh Usman Awang,  Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat.  Hayatilah sajak ini...Janji Demokrasi.. Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita! Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkibar girang dan garan