Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Ashabul kahfi 1

1st time post psl Ashabul kahfi ni...sp ye ahlinya?  Ahli y terdiri dari 8 orang bakal saintis dalam bidang masing-masing ~K.ili, K.aidah, K.mah, Cik Aish, Cik Habib7hari, Cik Sufi al-Baraqi, Cik Muna, and Cik Mirae~, InsyaAllah.. Ashabul Kahfi-4eva. Baru-baru ni kelapan-lapan orang sama-sama mencari ketenangan diri di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah, Allah bersama dengan sesiapa yang mengejar dan mendambakan redhaNya. Ketenangan itu hadir ketika sama-sama iftar di tepi tasik sambil menikmati alam ciptaan Ilahi. Sekali lagi, ketenangan datang bertemu hati-hati yang rindukan kasih Ilahi ketika solat berjemaah. Masing-masing "release" dengan bebanan yang dipikul setelah menceritakan segala-galanya yang terbuku kepadaNya. Alhamdulillah, Ashabul kahfi makin kuat melangkah. Kerja-kerja terakhir lab thesis diteruskan sampai lewat malam. 2 Thumbs up..ada yang terus terawih kat lab sementara tunggu result, ada yang qiam terus, ada yang bertungkus-lumus tolong siapkan bek...

All start from here..

Semakin hari, semakin banyak kes buang bayi, korupsi, rasuah n bla2222...apa dah jadi, nak kata yang buat jenayah ni orang tak berpelajaran, rasanya sedikit sangat %, majoriti belajar tinggi melangit, siap berpangkat lagi. Ilmu tak cukup ke? Or akal lemah..fenin2.. For me..it's begin with FOOD. We are what we eat. We are what we consume everyday. Bila badan lemah, kita perlukan makanan, dan makanan yang dimakan akan dicerna, sebahagian ditukar dalam bentuk tenaga, sebahagian dibuang, sebahagian disimpan dalam organ2 tertentu seperti hati, sebahagian membina sel2 yang mati, meransang perkembangan sistem pertumbuhan, imun dan sebagainya. Jom kita buat kajian... Zaman kegemilangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah, khulafa' ar-Rasyidin dulu apa yang mereka makan sehinggakan di bulan puasa masih bertenaga utk keluar berjihad dan berperang menentang golongan kuffar?  Hebatnya orang2 di zaman tersebut; Zaman sekarang, kenapa golongan kuffar diberikan kekuatan dari sudut mental da...

Ayah..

Ayah..anakmu sering meminjam semangatmu untuk teruskan perjuangan hidup ini. Walaupun sakit kau masih tersenyum, masih memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ketabahanmu sangat ku kagumi. Di mana kau dapat ketabahan itu ayah? Ujian yang kau hadapi sangat perit, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Moga Allah sentiasa bersamamu.. "Kekuatan kita adalah solat..solat dan solat. Kalau rasa lemah banyakkan selawat. Di mana2 sahaja kita berada hanya Allah yang kuatkan kita" Mungkin pesanan yang selalu kau titipkan dalam jiwa-jiwa kami inilah sumber yang menyebabkan kau terus tabah melalui liku2 kehidupan. Ayah..ramadan kali ini, harap ayah terus tabah..terus sabar dengan ujian yang Allah beri. Ramadan menyingkap seribu makna kepada sesiapa yang berusaha memburu keredhaan Allah dan kasih sayang dariNya. You always remind me..'the rolling stones always shine'. Wherever u go..Allah always beside u.. Anakmu akan terus melangkah memberi dan terus berbakti.