Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Ya Allah kami rindu untuk bertemu dengan Rasulullah. Semoga kami termasuk di kalangan ikhwan yang dirindui Rasulullah. Semoga kami memperolehi syafaat dari Baginda di sana nanti..Amin.. Ya Rasulullah...kami rindu untuk bertemu denganmu..menatap wajahmu..sahutlah rindu kami..:( Allahumma solli 'ala Muhammad...

Maryam Jamilah

"Suka Duka Gerakan ISLAM Dunia Arab" karya Maryam Jamilah sangat  menusuk kalbu. Karya beliau mengheret diri untuk mengenali siapakah penulis ini dengan lebih dekat. Penanya sangat tajam (seperti karya seorang MUSLIMIN) dalam merungkai fakta-fakta sejarah sekaligus memberi inspirasi kepada akhawat generasi kini yang dahagakan ilmu. Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi yang bermukim di New York. Sebelum memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Margaret Mascus. Kehidupan beliau sangat berbeza dengan remaja New York yang sebaya dengannya pada ketika itu. Remaja yang seusia dengannya sibuk mengejar "syurga dunia" tetapi beliau pula sibuk mengisi usia platinum ini dengan menelaah buku-buku yang "berat" untuk difahami bagi kebanyakan manusia. Hasilnya di usia 14 tahun beliau mampu menulis sebuah novel "Di tepian jaluran Gaza". Sangat sukar diterima dek akal, dalam usia se...

Sahabat

Rindu sahabat2.. Moga kalian terus thabat dalam perjuangan.

Salahuddin Al-Ayoubi Trailor

Rintihan

Indahnya jalan taqwa. Kita sentiasa dipandu oleh Ilahi menuju destinasi suci. Ayuh, jangan cepat mengalah. Teruskan melangkah wahai mujahid/ah ummah. Allah dengar rintihan kita.

Wasiat Rasulullah saw kepada wanita

SAIDATINA 'Aisyah r.'a meriwayatkan: Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..." Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu : (a)  Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar; (b) Tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur; (c) Mengkufurkan nikmat; (d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia; Wahai, Aisyah, ketahuilah: (a) Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya; (b) Bahawa wan...

Bisikan doaku

Doa senjata mukmin Ya Allah..jadikan kami "ikhwan" yang sentiasa dirindui Rasulullah. Ameen

Bebas Palestin

Selamatkan Palestin + Malaysia dari penjajahan!

Dunia Tempat Perantauan

Rasulullah saw bersabda.. "Jadilah engkau di dunia ini, seakan-akan orang yang merantau atau pengembara, jika engkau berada pada waktu petang, janganlah engkau menunggu pada waktu pagi, dan jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau menunggu pada waktu petang, dan pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit, dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati" (Riwayat Bukhari) Meneliti hadis ini, terasa diri kembali bertenaga untuk terus merancang sekaligus melangkah dengan lebih laju dalam mencipta kejayaan untuk diri sendiri dan pastinya untuk ummah. Perkara yang perlu diutamakan..utamakanlah! Perkara yang perlu disegerakan..segerakanlah! Jangan tunggu hari esok. Peluang yang ada di depan mata, pertimbangkan..dan guna sebaik mungkin. Nasihat untuk diri sendiri dan pastinya untuk anda! "6 bulan jadi Research Assistant di USIM under Dr. Hanina..my lovely supervisor sebelum further master. Hasrat tinggalkan USIM ..hanya tinggal kenangan..realiti sekaran...

Wanita vs Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil  pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai  perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk  mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu  mempertahankan diri dan maruah sebagai  seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang  sangat k...

What Money Can Buy??

A bed but not sleep... Books but not brains... Food but not appetite... Finery but not beauty... A house but not a home... Medicine but not culture... Amusement but not happiness... Strength but not trust... Religion but not salvation... Muslim but not mukmin...

Fasa terakhir..

Fasa ke 3 Ramadhan..fasa terakhir, fasa bebasnya dari azab api neraka. Fasa dijanjikan malam al-Qadar. Fasa ini semakin terbalik dengan rancaknya persiapan aidilfitri. Persoalan dan perbualan lazim yang kita selalu dengar... ....Baju raya dah siap ke? Bila nak beli?... ....Jom main mercun, bunga api..best giler!... ....Kuih raya dah de berapa ni? Kita kena tempah lagi...tart nenas, almond london..bla222... Bagus plan awal2 ni. Tapi masa plan ni jangan lupa tawaran2 hebat lain yang Allah sediakan. Antaranya malam al-Qadar. Kita tidak dapat menjangkakan apakah Ramadhan ini yang terakhir. Adakah kita masih lagi diberi kesempatan lalui Ramadhan pada tahun akan datang. Semuanya kemas dalam pengetahuan Allah. Selagi ada masa di fasa terakhir ini, jangan lepaskan peluang. Tak salah buat persiapan raya or persiapan lain..tapi jangan dilalaikan sudah.. JOM SEMUA, KITA TERUS REBUT PELUANG DI FASA TERAKHIR NI! .... 

Pelajar UIA Mimpi Jumpa Rasulullah

Subhanallah...moga kita semua berpeluang jumpa Rasulullah satu hari nanti.. Dan bersaksilah..sesungguhnya kami merinduimu...Ya Rasulullah

Muhasabah Ramadhan

Saidina Umar berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab" Menyelusuri 2/3 Ramadhan, fasa kedua, fasa maghfirah, fasa muhasabah. Fasa ini sejujurnya jangan dibiarkan sepi, malah makin laju berpesta "ibadah". Sedar tak sedar fasa pertengahan ini, jemaah yang hadir ke masjid mula berkurangan. Shopping complex tidak pernah sunyi malah makin hangat dengan promosi sempena Aidilfitri hingga tenggelam bahang Ramadhan. Untuk muhasabah..cuba perhatikan diri sendiri berdasarkan 4 perkara yang sewajarnya dianalisis setiap hari;   Masa  Amal Hubungan dengan Allah Hubungan dengan makhluk   Berjayakah kita mengurus masa dengan baik? Berjayakah kita jadikan setiap rutin harian yang dilalui sebagai amal atau ibadah? Berjayakah kita menjadi seorang 'abid yang sentiasa bernafas dalam jiwa hamba? Berjayakah kita memberi hak yang sewajarnya sesama makhluk? Mungkin ada yang masih kurang, masih ada kelompangan..Jadikan fasa kedua ini titik tolak muhasabah diri untuk ...

Lambaian Ramadhan

Kali ini.. Dia akan datang.. Kunjungi jiwa-jiwa yang merindui lambaian kasih Ilahi.. Sedar tidak sedar..ia semakin hampir.. Ramadhan.. Inilah pakej yang dianugerahkan Ilahi.. Untuk bina potensi diri dalam tempoh setahun.. Menerusi tarbiah Ilahi selama sebulan.. Bekalan untuk jejaki 11 bulan akan datang.. Seketika..diri termenung sejenak.. Berjayakah pada tahun ini menjejaki malam  al-qadar.. Malam dambaan para pencinta Ilahi.. Tawaran seribu satu hikmah akan diberi buat insan yang terpilih.. Ya Rahim.. Adakah tahun ini aku di kalangan insan yang bertuah itu? Anugerahkanlah kepadaku dan kepada insan-insan yang dikasihi.. Menjejaki malam tersebut.. Ameen..di hari segala penghulu hari.. Moga doa-doa akan dimakbulkan.. Salam Ramadhan Ramadhan Kareem.. Allahu Akram..

Addena n Iman

Assalamualaikum semua..maktih n sape2 y view blog ni..nice to meet u! Kali ni, saja kami nk post sumtin..Ish2..lama betul blog ni maktih x update..hope we got sumtin here...korang Conclude sndri ek! I'm Nurul Iman I'm Nurin Addena One day..Kak Deena ni..enjoy nampak? Cuba bagi kat Iman sket.. Nah..amik la..x sedap pun.. Alamak...dik Iman da dapat la..Ma..tolong la...plz do sumtin 4 me!!! At then end..Ma dah amik dah..tu la lain kali kite main same2 jgn berebut2? last 2 2 rugi..huhu..

Ukhwah forever

Salam.. "Bestnye..dapat jumpa korang..rindu sangat, rasa hati kembali hidup selepas mati dalam dunia praktikal" Hebatnya ukhwah ni. " Sinergi , cik naz, mirae, muna, k.aidah, k.mah..bangun2..dah pagi..jom solat sama2" Pagi yang indah di hari segala penghulu hari.. Moga Allah rezekikan keampunan, keredhaan dan kasih sayang buat insan2 yang kerdil ini. Last day at USIM, present LI..before graduate.. Tiba2 teringat kat syami ..training baik2 ok! grad nnt kite jumpe..

Star..

Star is to be created.. Now I can prove.. If we are facing the hardly life with a thousand of patient.. Actually it make us to be the star.. I can breath in and out smoothly.. Since..star is now created in my heart, my mind, and my soul.. TQ Allah..

Ashabul kahfi 3

..Sg. Tekala.. Salam sayang, salam rindu, buat warga ashabul kahfi..hampir sebulan kita berpisah..masing2 bawa haluan sendiri di tempat LI except k.ili je..dengar2 dia ni 'to be businesswoman'..wah2 dah maju '2 tapak' mak kita ni ye..hehe.. Sahabat, Kemarin, kita sama2 kejar pelangi. Jatuh bangun bersama, dan pasti ketika ada yang terjatuh, ada yang terus menghulurkan tangan untuk berpaut. Ketika itu seribu kekuatan tiba untuk terus bangun kembali. Kejar dan terus kejar pelangi yang indah..Tiba di satu persimpangan, haluan kita berbeza, tapi matlamat kita masih sama. Kita tidak ada pilihan lain..hanya berbekalkan TABAH..kita terpaksa menempuh haluan baru..Membuka lembaran baru dalam sejarah hidup masing2.. :) Hari ini, kita masih lagi terus mengatur langkah. Agar lebih laju melangkah dan menongkah rintangan di hadapan. Penat, letih tidak dipedulikan lagi. Tapi kini..ketika terjatuh, sudah hilang tangan yang selalu dihulurkan untuk berpaut. KITA BUKAN BERTUHANKAN M...