SAIDATINA 'Aisyah r.'a meriwayatkan: Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..." Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu : (a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar; (b) Tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur; (c) Mengkufurkan nikmat; (d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia; Wahai, Aisyah, ketahuilah: (a) Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya; (b) Bahawa wan...