Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Ikhlaskah kita?

Rasulullah s.a.w bersabda... Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria' dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia.  Allah mengumpul mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, "Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?" Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan". Dia lalu dibawa ke neraka.. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria'. "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat kerana ria'." Allah berfirman, "Tiada satupun yang sampai kepadaKu". Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.. ...

Qasidah al-Jalaliyah by Fathul Mubin

Tribute to ayah...Abdul Wahab bin Ahmad. Moga ayah tenang di sana. Ameen... Sanah helwah (1 Oktober 1944).

CintaKu Pasti

Rasulullah bersabda,  "Allah berfirman.... cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mencintaiKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menjalin tali persaudaraan keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling memberi nasihat keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mengunjungi keranaKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menolong keranaKu.  Orang yang saling mencintai keranaKu berada pada mimbar yang dibuat dari cahaya.  Para nabi, orang yang jujur dan para syahid mendambakan tempat yang mereka tempatkan."  (Shahih Al-Jami': 4321)         

Janji Demokrasi

Sajak ini ditulis oleh sasterawan negara kita, A. Samad Said; Beliau membaca sajak ini dengan penuh linangan air mata ketika sambutan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka (31 Ogos 2012). Sajak beliau mengingatkan perjuangan para sasterawan ketika  Gelombang Asas ’50 ( Angkatan Sasterawan ‘50), sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat yang  dipelopori oleh Usman Awang,  Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat.  Hayatilah sajak ini...Janji Demokrasi.. Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita! Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkib...

Antara Dua Cinta

12 Barisan di Padang Masyar

Rindu Ayah..

...Ayah... Salam hari Jumaat.. sesuci embun pagi, seharum haruman kasturi.. hari ini hampir sebulan tak dengar suara ayah.. tak dengar lagi nasihat ayah.. idea2 yang bernas ayah titipkan untuk bina masa depan yang gemilang.. Ya Allah.. Rindu ayah... moga Allah bukakan taman-taman syurga untuk ayah, luaskan kubur Ayah..ayah tenang bersemadi di sana.. u alwayz remind me.."the rolling stone alwayz shine" study sampai habis PHD.. sentiasa rasa diri ini hamba kepadaNya.. i will do my best to achieve your dream.. tq ayah.. Ayah... rindu ayah... rindu sangat... di kampus ni, di mana2 saja nampak wajah ayah... ayah tersenyum..seolah-olah memberi inspirasi kepadaku.. melangkah ke hadapan dengan lebih berani.. Ya Rahim.. moga aku sentiasa tabah.. menerima dugaanmu ini.. moga mak dan ahli keluargaku yang lain turut tabah.. Tanggal 5 March 2012 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1433H..Allah menjemput ayah kembali kepadaNya.. Sayu, sedih, tidak cukup untuk bahagiak...