Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

CintaKu Pasti

Rasulullah bersabda,  "Allah berfirman.... cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mencintaiKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menjalin tali persaudaraan keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling memberi nasihat keranaKu,   cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mengunjungi keranaKu,  cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menolong keranaKu.  Orang yang saling mencintai keranaKu berada pada mimbar yang dibuat dari cahaya.  Para nabi, orang yang jujur dan para syahid mendambakan tempat yang mereka tempatkan."  (Shahih Al-Jami': 4321)         

Janji Demokrasi

Sajak ini ditulis oleh sasterawan negara kita, A. Samad Said; Beliau membaca sajak ini dengan penuh linangan air mata ketika sambutan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka (31 Ogos 2012). Sajak beliau mengingatkan perjuangan para sasterawan ketika  Gelombang Asas ’50 ( Angkatan Sasterawan ‘50), sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat yang  dipelopori oleh Usman Awang,  Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat.  Hayatilah sajak ini...Janji Demokrasi.. Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita! Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkib...

Antara Dua Cinta