Skip to main content

Rindu padamu..Ya Habiballah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi"

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

Dan bersaksilah..
kami merinduimu Ya Rasulullah,
kami jundimu Ya Habiballah..
dan Engkau adalah qiyadi kami semua..

Allahumma Solli 'Ala Muhammad..

Mudah-mudahan kita menjadi insan kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Comments

Popular posts from this blog

12 Barisan di Padang Masyar

Gambate..beb!!

Lg sebulan nk siapkan lab.. Lbih kurang 2 bulan nk complete tesis writing + VIVA.. GAMBATE...FB.. DON'T GIV UP..IF GOT -ve result.. Plz3..never surrender before the END.. WE CAN..ALL of US CAN DO WELL ALWAYS CAN PERFORM NICELY..  

Vivix

Vivix adalah sebuah produk yang telah dipatenkan khas di bawah syarikat supplement nombor 1 di dunia, Shaklee. Entri kali ini akan menceritakan tentang Vivix Shaklee. Fungsi, keistimewaan supplement Vivix ini, siapa yang memerlukan, kandungan bahan-bahan dalam Vivix Shaklee serta kebaikan dan testimoni para pengguna Vivix. Supplement anti-oksidan Vivix ini menggunakan Anggur Muscadine dengan 3 campuran bahan lain iaitu Japanese Knotweed, Elderberry Eropah, Lobak Ungu. Setiap proses pengekstrakan bagi menghasilkan campuran 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol biasa ini adalah dipatenkan khas untuk Shaklee. Bermakna, tidak ada syarikat lain yang boleh meniru formula penghasilan Vivix. Kandungan resveratrol dan polifenol di dalam Vivix adalah sangat berkepekatan tinggi kerana itu ia 100 kali ganda lebih daripada fungsi resveratrol yang biasa. Dan bioaktif polifenol di dalam setiap botol Vivix adalah kekal menjadikan ia mampu memberikan fungsi yang optimum buat semua pengamal...