Skip to main content

Ashabul kahfi 3

..Sg. Tekala..
Salam sayang, salam rindu, buat warga ashabul kahfi..hampir sebulan kita berpisah..masing2 bawa haluan sendiri di tempat LI except k.ili je..dengar2 dia ni 'to be businesswoman'..wah2 dah maju '2 tapak' mak kita ni ye..hehe..

Sahabat,

Kemarin, kita sama2 kejar pelangi. Jatuh bangun bersama, dan pasti ketika ada yang terjatuh, ada yang terus menghulurkan tangan untuk berpaut. Ketika itu seribu kekuatan tiba untuk terus bangun kembali. Kejar dan terus kejar pelangi yang indah..Tiba di satu persimpangan, haluan kita berbeza, tapi matlamat kita masih sama. Kita tidak ada pilihan lain..hanya berbekalkan TABAH..kita terpaksa menempuh haluan baru..Membuka lembaran baru dalam sejarah hidup masing2.. :)

Hari ini, kita masih lagi terus mengatur langkah. Agar lebih laju melangkah dan menongkah rintangan di hadapan. Penat, letih tidak dipedulikan lagi. Tapi kini..ketika terjatuh, sudah hilang tangan yang selalu dihulurkan untuk berpaut. KITA BUKAN BERTUHANKAN MANUSIA. ALLAH KAN ADA. Pesanan yang dititipkan oleh seorang sahabat terus mengingatkan diri yang alpa. Langkah terus disusun..terus diatur agar terus laju. 

Jika hari ini kita mengeluh, merintih diri, labelkan diri kita sebagai insan yang lemah. Pasti generasi hadapan akan lebih mundur. Tapi, jika kita bangun, terus maksimakan dan mengasak kemampuan diri yang ada, dengan izin Allah pasti generasi hadapan akan lebih maju.  

~ Sinergi, saya pinjam semangat korang jap ~ Dah ok nanti saya bagi balik ~ Bleh ke cam 2? ~


Comments

  1. Sayang yang ashabulkaffi hulurkan, tma ksh.. Mga korng, terus gigih berada di haluan masing2..

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=SQcGEXE8MKU

    UNTUK KORANG

    ReplyDelete
  3. thank u ecah! walau jauh di mata tapi kita smua ttap dekat di hati....
    korang sume, terima kasih atas segala kenangan kita bersama... menambah satu lagi coretan manis dalam diari hidupku....

    ReplyDelete
  4. shah...you are not alone..May Allah bless you..=)

    ReplyDelete
  5. mn blh! byr r=P deal ngn bussinesswoman wanna be..hehehe

    Jatuh rebah itulah y mendewasakan kita. Jgn lupa utk bgn sudah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maryam Jamilah

"Suka Duka Gerakan ISLAM Dunia Arab" karya Maryam Jamilah sangat  menusuk kalbu. Karya beliau mengheret diri untuk mengenali siapakah penulis ini dengan lebih dekat. Penanya sangat tajam (seperti karya seorang MUSLIMIN) dalam merungkai fakta-fakta sejarah sekaligus memberi inspirasi kepada akhawat generasi kini yang dahagakan ilmu. Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi yang bermukim di New York. Sebelum memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Margaret Mascus. Kehidupan beliau sangat berbeza dengan remaja New York yang sebaya dengannya pada ketika itu. Remaja yang seusia dengannya sibuk mengejar "syurga dunia" tetapi beliau pula sibuk mengisi usia platinum ini dengan menelaah buku-buku yang "berat" untuk difahami bagi kebanyakan manusia. Hasilnya di usia 14 tahun beliau mampu menulis sebuah novel "Di tepian jaluran Gaza". Sangat sukar diterima dek akal, dalam usia se...

Ayah..

Ayah..anakmu sering meminjam semangatmu untuk teruskan perjuangan hidup ini. Walaupun sakit kau masih tersenyum, masih memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ketabahanmu sangat ku kagumi. Di mana kau dapat ketabahan itu ayah? Ujian yang kau hadapi sangat perit, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Moga Allah sentiasa bersamamu.. "Kekuatan kita adalah solat..solat dan solat. Kalau rasa lemah banyakkan selawat. Di mana2 sahaja kita berada hanya Allah yang kuatkan kita" Mungkin pesanan yang selalu kau titipkan dalam jiwa-jiwa kami inilah sumber yang menyebabkan kau terus tabah melalui liku2 kehidupan. Ayah..ramadan kali ini, harap ayah terus tabah..terus sabar dengan ujian yang Allah beri. Ramadan menyingkap seribu makna kepada sesiapa yang berusaha memburu keredhaan Allah dan kasih sayang dariNya. You always remind me..'the rolling stones always shine'. Wherever u go..Allah always beside u.. Anakmu akan terus melangkah memberi dan terus berbakti.  

Gambate..beb!!

Lg sebulan nk siapkan lab.. Lbih kurang 2 bulan nk complete tesis writing + VIVA.. GAMBATE...FB.. DON'T GIV UP..IF GOT -ve result.. Plz3..never surrender before the END.. WE CAN..ALL of US CAN DO WELL ALWAYS CAN PERFORM NICELY..