Skip to main content

Wanita vs Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. 
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. 
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maryam Jamilah

"Suka Duka Gerakan ISLAM Dunia Arab" karya Maryam Jamilah sangat  menusuk kalbu. Karya beliau mengheret diri untuk mengenali siapakah penulis ini dengan lebih dekat. Penanya sangat tajam (seperti karya seorang MUSLIMIN) dalam merungkai fakta-fakta sejarah sekaligus memberi inspirasi kepada akhawat generasi kini yang dahagakan ilmu. Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi yang bermukim di New York. Sebelum memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Margaret Mascus. Kehidupan beliau sangat berbeza dengan remaja New York yang sebaya dengannya pada ketika itu. Remaja yang seusia dengannya sibuk mengejar "syurga dunia" tetapi beliau pula sibuk mengisi usia platinum ini dengan menelaah buku-buku yang "berat" untuk difahami bagi kebanyakan manusia. Hasilnya di usia 14 tahun beliau mampu menulis sebuah novel "Di tepian jaluran Gaza". Sangat sukar diterima dek akal, dalam usia se...

Ayah..

Ayah..anakmu sering meminjam semangatmu untuk teruskan perjuangan hidup ini. Walaupun sakit kau masih tersenyum, masih memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ketabahanmu sangat ku kagumi. Di mana kau dapat ketabahan itu ayah? Ujian yang kau hadapi sangat perit, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Moga Allah sentiasa bersamamu.. "Kekuatan kita adalah solat..solat dan solat. Kalau rasa lemah banyakkan selawat. Di mana2 sahaja kita berada hanya Allah yang kuatkan kita" Mungkin pesanan yang selalu kau titipkan dalam jiwa-jiwa kami inilah sumber yang menyebabkan kau terus tabah melalui liku2 kehidupan. Ayah..ramadan kali ini, harap ayah terus tabah..terus sabar dengan ujian yang Allah beri. Ramadan menyingkap seribu makna kepada sesiapa yang berusaha memburu keredhaan Allah dan kasih sayang dariNya. You always remind me..'the rolling stones always shine'. Wherever u go..Allah always beside u.. Anakmu akan terus melangkah memberi dan terus berbakti.  

Gambate..beb!!

Lg sebulan nk siapkan lab.. Lbih kurang 2 bulan nk complete tesis writing + VIVA.. GAMBATE...FB.. DON'T GIV UP..IF GOT -ve result.. Plz3..never surrender before the END.. WE CAN..ALL of US CAN DO WELL ALWAYS CAN PERFORM NICELY..