Skip to main content

Wasiat Rasulullah saw kepada wanita

SAIDATINA 'Aisyah r.'a meriwayatkan: Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."


Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a)  Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b) Tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;

(c) Mengkufurkan nikmat;

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

Wahai, Aisyah, ketahuilah:

(a) Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(b) Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;

(c) Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d) Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang harus/halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e) Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f) Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat daripada sesiapa pun;

(g) Bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cemeti daripada api;

(h) Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;

(i) Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang hamba sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j) Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

Comments

Popular posts from this blog

Gambate..beb!!

Lg sebulan nk siapkan lab.. Lbih kurang 2 bulan nk complete tesis writing + VIVA.. GAMBATE...FB.. DON'T GIV UP..IF GOT -ve result.. Plz3..never surrender before the END.. WE CAN..ALL of US CAN DO WELL ALWAYS CAN PERFORM NICELY..  

One day,,,,

"Take Islam as the way Islam is the way of life Islam is perfect and great Al-Islam Dinnul-Hayat.. This is the way of life For us to struggle and strive Islam will be back grand again Bright like the shining stars.." Lagu di atas sering dinyanyikan oleh pelajar dari Palestin yang masih menuntut di Malaysia. Tertarik untuk berkongsi pesanan dari mereka utk semua.. " U're from Malaysia..love your country..now u see u can breath with freedom..but PALESTIN..I don't know WHEN? "Everyday we have to face with ISRAEL LAKNATULLAH. U know..in front of me they killed my loving parents, killed all my family..and then cut both of my hands..HOW STUPID that memories. I don't want to flash back again those scenes.. BUT MY BIG QUESTION UNTIL NOW..where the others?? WHERE THE MUSLIM??..just pretending... show to us their SYMPHATIZE..OUH..until WHEN??? "ONE DAY IN FRONT OF ALLAH I WILL RECLAIM BACK FOR THOSE MUSLIM WHO ARE JUST SITTING WITHOUT DO ANYTHING FO...

12 Barisan di Padang Masyar