Skip to main content

Maryam Jamilah

"Suka Duka Gerakan ISLAM Dunia Arab" karya Maryam Jamilah sangat  menusuk kalbu. Karya beliau mengheret diri untuk mengenali siapakah penulis ini dengan lebih dekat. Penanya sangat tajam (seperti karya seorang MUSLIMIN) dalam merungkai fakta-fakta sejarah sekaligus memberi inspirasi kepada akhawat generasi kini yang dahagakan ilmu.



Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi yang bermukim di New York. Sebelum memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Margaret Mascus. Kehidupan beliau sangat berbeza dengan remaja New York yang sebaya dengannya pada ketika itu. Remaja yang seusia dengannya sibuk mengejar "syurga dunia" tetapi beliau pula sibuk mengisi usia platinum ini dengan menelaah buku-buku yang "berat" untuk difahami bagi kebanyakan manusia.

Hasilnya di usia 14 tahun beliau mampu menulis sebuah novel "Di tepian jaluran Gaza". Sangat sukar diterima dek akal, dalam usia sebegini mampu menulis dengan baik mengenai sebuah negara yang tidak pernah dikunjungi serta perihal agama lain selain agama yang dianuti. Subhanallah..

Kronologi beliau memeluk agama Islam bermula sejak umur 20 tahun ketika beliau menuntut di Universiti New York. Melalui kuliah Judaisme in Islam (Ajaran Yahudi dalam Islam), beliau mula membandingkan Al-Quran dan Talmud. Beliau mendapati ajaran yang terdapat dalam Al-Quran lebih logik, berfakta serta memenuhi fitrah manusia sejagat. Di samping menelaah Al-Quran beliau juga turut mengkaji Hadis. 

Sinar Islam semakin terang di dada beliau lantaran melihat ketidakadilan PBB dalam menangani isu Arab-Yahudi di Palestin. Sikap berat sebelah ini membuatkan beliau malu untuk mengaku sebagai salah seorang bangsa Yahudi. Dan pada pagi hari bulan November 1954, beliau memeluk agama Islam.

Kisah beliau memeluk agama suci ini ditentang hebat oleh keluarga serta masyarakat sekitarnya. Pada saat itu,  keyakinan beliau untuk terus memeluk agama Islam tidak cukup kuat lantaran menerima tentangan dari orang tersayang. Kesan dari tentangan dan putus asa, beliau mengalami tekanan jiwa yang serius hampir 3 tahun. 

Semasa beliau menderita akibat tekanan jiwa ini, beliau berjanji akan memeluk Islam bersungguh-sungguh setelah sembuh. Menyedari keadaan ini,  ibu bapa beliau tidak sanggup melihat buah hati kesayangan terus menderita. Justeru, mereka berjanji untuk membenarkan beliau menganut agama Islam dengan syarat beliau sembuh seperti sedia kala.

Pada tahun 1959, dengan kuasa Allah beliau sembuh dari tekanan jiwa. Setelah sembuh, beliau mula mendekati dan bersahabat dengan golongan muslim di New York. Di ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada tahun1961, beliau sekali lagi memeluk agama Islam disaksikan oleh Syeikh Daud Ahmad Faisal. Mulai saat itu, namanya ditukar kepada Maryam Jamilah.

Di atas hidayah Allah, beliau yang berasal dari Yahudi, kemudian menganut fahaman Atheis, akhirnya menemui agama yang suci iaitu Islam. Usaha beliau dalam mencari kebenaran menerusi pembacaan dan kajian semasa sangat mengharukan. Setelah memeluk agama Islam, beliau semakin aktif berkarya dalam usaha menyedarkan umat Islam akan keindahan peradaban Islam dibandingkan dengan peradaban Barat. Karya-karya beliau turut diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh pelusuk dunia.

~MARYAM JAMILAH~ serikandi Islam. Seindah namamu, memberi inspirasi buat akhawat generasi kini.         



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambate..beb!!

Lg sebulan nk siapkan lab.. Lbih kurang 2 bulan nk complete tesis writing + VIVA.. GAMBATE...FB.. DON'T GIV UP..IF GOT -ve result.. Plz3..never surrender before the END.. WE CAN..ALL of US CAN DO WELL ALWAYS CAN PERFORM NICELY..  

One day,,,,

"Take Islam as the way Islam is the way of life Islam is perfect and great Al-Islam Dinnul-Hayat.. This is the way of life For us to struggle and strive Islam will be back grand again Bright like the shining stars.." Lagu di atas sering dinyanyikan oleh pelajar dari Palestin yang masih menuntut di Malaysia. Tertarik untuk berkongsi pesanan dari mereka utk semua.. " U're from Malaysia..love your country..now u see u can breath with freedom..but PALESTIN..I don't know WHEN? "Everyday we have to face with ISRAEL LAKNATULLAH. U know..in front of me they killed my loving parents, killed all my family..and then cut both of my hands..HOW STUPID that memories. I don't want to flash back again those scenes.. BUT MY BIG QUESTION UNTIL NOW..where the others?? WHERE THE MUSLIM??..just pretending... show to us their SYMPHATIZE..OUH..until WHEN??? "ONE DAY IN FRONT OF ALLAH I WILL RECLAIM BACK FOR THOSE MUSLIM WHO ARE JUST SITTING WITHOUT DO ANYTHING FO...

12 Barisan di Padang Masyar